‘Operation Spectrum’, ulang tahun ke-22

May 21, 2009

‘Operation Spectrum’, ialah penahanan zalim seperti “Operasi Lalang” yang telah berlaku di Singapore pada 21hb Mei 1987, hari ini (21hb Mei 2009) ialah ulang tahun ke-22, sila beri sokongan kepada aktivis yang akan hadir ke Speakers Corner, Hong Lim Park, Singapore pada 6.30ptg.

Lebih banyak latar belakang boleh merujuk kepada

http://en.wikipedia.org/wiki/Operation_Spectrum


budaya BN, budaya DAP dan budaya kerajaan pakatan rakyat Penang

March 11, 2009

Sebelum pilihan raya umum yang lepas, sebelum 8hb mac 2008, peminpin DAP banyak mengutuk banyak isu kerajaan Barisan National. Mereka mengkritik kerajaan BN dalam isu pilihan raya kerajaan tempatan.

Mereka mengkritik YB Zakaria, sebagai bekas ahli dewan undangan negeri Selangor dan juga ahli majlis MPK. Mereka turun beramai-ramai ke rumah Zakaria, ingin berkempen sampai Zakaria kalah dalam pilihan raya masa depan, meminta bekas Menteri Besar untuk memecat Zakaria daripada ahli majlis. Setiausaha agung Lim Guan Eng dan Pemuda socialis DAP waktu tu Nga Kor Ming juga turun sama-sama.

Walaubagaimanapun, selepas 308, budaya BN di Selangor juga lepas, sebab BN kalah, tetapi budaya itu telah menjangkit ke negari Pulau Pinang, iaitu ADUN Paya Terubong YB Yeoh Soon Hin juga merupakan ahli majlis MPPP. Di mana prinsip DAP ni? Selain itu, DAP juga mencipta sejarah di Malaysia, iaitu ahli parlimen Ipoh Barat YB Kula telah menjadi ahli majlis tempatan. budaya bukan sahaja disebar ke negeri P.Pinang, maka sebar ke negeri Perak.

Pilihan raya tempatan, DAP telah mulakan kempen pulangkan undi ketiga – kembalikan pilihan raya tempatan sejak 2005. Satu kempen yang dianjur oleh DAP beberapa tahun, tetapi selepas satu tahun menguasai kerajaan negeri P.Pinang, Kerajaan Pulau Pinang masih belum kemukakan pelan induk kembali pilihan raya tempatan, ini telah menyebabkan saya kecewa dan juga masyarakat akar umbi kecewa.

Pelan induk kembalikan pilihan raya tempatan adalah satu tindakan yang bagus bagi kerajaan Pulau Pinang untuk menunjuk ikhlas kerajaan terharap kembalikan pilihan raya tempatan. Saya rasa pelan tidak akan menyebabkan  sebarang masalah seperti OSA, akta hasutan, ISA,  pertukaran kuasa, perlembagaan krisis, polis mengacau, rakyat boikott DAP dan sebagainya.

Saya pasti DAP sangat jelas dengan kepentingan pilihan raya kerajaan tempat, saya tidak mahu bincang banyak. Sebelum kembalikan pilihan raya kerajaan tempatan, saya rasa formula 888 yang dicadangkan oleh masyarakat sivil memang memuaskan untuk waktu kini. 8 orang untuk wakil ahli parti politik, 8 orang untuk wakil masyarakat sivil atau kesatuan penduduk, dan 8 orang untuk wakil proffesional seperti akauntan, pakar perancangan bandar dan sebagainya. Gunalah formula 888 untuk sementara ini sebelum kembalikan.

Saya berharap kuasa rakyat, people power, makkal sakthi, 人民力量 akan terus berkembang, menjatuhkan kerajaan pakatan rakyat Pulau Pinang yang tidak menunaikan janji-janji pilihan raya umum yang lepas. Rakyat harus bersatu-padu, bergading bahu dan terus berjuang untuk mencapai ketuanan rakyat.

Walaubagaimanapun, pakatan rakyat masih lebih baik berbanding dengan BN secara keseluruhan, walaupun tidak ada perubahan dari segi sistematik dan masih tidak ada penglibatan rakyat dalam membuat keputusan polisi. Kalau Ketua Menteri tidak menunaikan janji-janji pilihan raya umum, dan BN masih teruk lagi, apa yang kita boleh buat, kita tukarkan kerajaan Lim Guan Eng, kita biar YAB kalah dalam pilihan raya negeri tapi ADUN lain masih menykong Pakatan Rakyat, supaya ketua menteri kerajaan pakatan rakyat baru tidak berani lagi memakan janji-janji atau beri janji-janji kosong.

Saya ingin kongsi sesuatu, saya tidak nampak kerajaan pakatan rakyat di Pulau Pinang kerana PAS tidak sama-sama membentuk kerajaan. Ini hanya pemerhatian saya, harap ada orang dapat membetulkan pemerhatian saya.


Zionis, musuh manusia termasuk orang Yahudi, beragama Islam dan bukan beragama Islam

January 5, 2009

Secara peribadi, saya membantah Zionisme. Saya membantah Zionisme kerana Zionisme ialah gerakan yang zalim. Pada kefahaman saya, Zionis memperjuangkan kewujudan negara yang berasalkan bangsa Yahudi, satu negara satu bangsa.

Selain itu, Zionis berhijrah ke tempat sekarang tanpa kebenaran penduduk yang berduduk di tempat itu menubuh negara juga melanggar nilai kemanusiaan. Zionis menyerang, membunuh dan menghalau penduduk yang bertetap di Palestin dengan tentera atas sokongan Imperialisme yang ingin menguasai politik dan ekonomi di benua Asia tengah.

Kezaliman zionis telah menindas dan mengkorban berpuluh-puluh ribu nyawa sejak dulu, berpuluh-puluh ribu rakyat Palestin menjadi pelarian, berpuluh-puluh ribu rakyat kehilangan tempat tinggal, berpuluh-puluh ribu kanak-kanak kehilangan ibu bapa, berpuluh-puluh ribu rakyat dalam kehidupan berderita.

Malangnya banyak set minda telah terbentuk dalam perjuangan anti-zionis. Sekurang-kurang dua set minda telah terbentuk dan mendalamkan pemikiran aktivis-aktivis kini.

Set minda pertama, perjuangan zionis ditaksir sebagai perjuangan orang Bangsa Yahudi dan Judaisme. Kebencian terhadap orang Yahudi juga disamakan dengan kebancian zionis. Saya rasa bukan semua orang Yahudi ialah Zionis, bukan semua orang Yahudi menyokong Zionisme. Orang Yahudi juga membantah Zionisme. Zionis ialah orang Yahudi, orang Yahudi tidak semesti Zionis.

Ini juga set minda yang serupa berlaku di Malaysia. Set minda terhadap orang Melayu bersama dengan Orang Islam, Orang Islam bersama dengan Orang Melayu. Islam ialah untuk semua manusia, dan juga banyak orang Melayu bukan Islam yang berada di Indonesia, Fillipina dan negara-negara lain.

Set minda kedua, perjuangan anti-zionis, perjuangan menentang kezaliman telah menjadi gerakan islamiyyah oleh set minda kebanyakan orang dan juga aktivis hak asasi manusia. Aktivis hak asasi manusia, manusia anti-perang yang bukan beragama Islam sukar bersama rakan-rakan beragama Islam dalam menentang kezaliman.

Ini bukan kerana perbezaan antara meraka, maka imej perjuangan. Ini kerana imej perjuangan anti-zionis lebih nampak sebagai penggerakan Islamiyyah, iaitu peperangan antara orang Yahudi beragama Judaime dan Orang beragama Islam. Saya juga nampak kekuatan pepaduan antara orang beragama Islam di Palestin dan negara-negara bersama-sama anti orang Yahudi dan Judaisme.

Saya rasa gerakan Islamiyyah telah terpencil daripada gerakan hak asasi manusia dan gerakan kemanusiaan. Pada pengalaman saya, apabila saya membawa adik-adik terutama muka baru yang berturun bersama demostrasi di jalan raya untuk menentang kezaliman di Malaysia, bila rakan seperjuangan menyeru untuk memuji tuhan (Takbir). Adik-adik baru rasa tidak selesa dan tidak tahu untuk menjawab.

Saya rasa ini ialah perangkap imperialisme yang memecah rakyat menyokong kesaksamaan. Imperialisme menyokong Zionis yang berasalkan satu bangsa, satu agama dan satu negara cuba mengeliru pemikiran rakyat seluruh dunia supaya bersatu untuk menentang penguasai tempat yang strategik di benua Asia Tengah. Ini akan membantu kuasa imperialis terus menguasai benua Asia Tengah dan seturusnya menguasai kuasa politik dan ekonomi.

Saya ingin menekankan gerakan anti Zionis harus bersatu padu dengan orang Yahudi yang membantah Zionisme, dan semua manusia yang menentang kezaliman. Kita harus sama-sama membuangkan set minda Zionis sama dengan orang Yahudi, dan juga gerakan keluar daripada lingkungan bangsa, dan agama. Ini adalah titik kesamaan kita daripada orang Yahudi, orang beragama Islam dan orang bukan beragama Islam.

Menentang kezaliman, penindasan dan imperialisme ialah jiwa kita sebagai manusia! Ini juga kekuatan kita bersama-sama melawan Zionisme dan imperialisme dan ke arah masyarakat tanpa penindasan, penyelewengan dan kezaliman. Hidup perjuangan, hidup rakyat!


Ceramah Pelancaran Himpunan Mansuhkan ISA

November 21, 2008

Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) sedang
merancang mengadakan satu perhimpunan besar-besaran pada Mac tahun
depan (Mac 2009) di Kuala Lumpur bagi mendesak kerajaan bagi mendesak
kerajaan memansuhkan Akta ISA serta bebaskan semua tahanan tanpa syarat.

Sehubungan itu, suatu Majlis Ceramah Pelancaran Himpunan Mansuhkan ISA akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 23 November 2009 (Ahad)
Tempat : Dataran MPAJ, Pandan Indah
Masa : 9 malam


kalau saya ialah…saya akan…saya tidak akan

November 11, 2008

Pemilihan ketua akan datang

kalau saya ialah Tun M,

saya akan menyokong M, senang untuk anak saya mangambil alih selepas M pencen

kalau saya ialah Na,

saya akan menyokong Ali, senang untuk adik sepupu saya mengambil alih selepas saya pencen

kalau saya ialah pak A,

saya akan menyokong M T, senang menantu mengambil alih selepas M T pencen

Itulah korporat keluarga! rakyat biasa dari masyarakat akar umbi tidak harus ambil bahagian dalam pemilihan ketua.

Cara mentadbir negara !

kalau saya Tun M,

saya tidak akan menceroboh sistem keadilan yang harus ada untuk kepentingan sendiri demi memang dalam pertandingan dan kepentingan kawan-kawan saya

kalau saya ialah Na,

saya tidak akan menggelak akhbar angin yang memburuk-burukkan nama saya, saya akan menghadapi pertuduhan dan biarlah plis siasat saya secara terbuka

kalau saya ialah pak A

saya tidak akan mengatuk dan putus asa, saya akan terus berjuang supaya agenda perubahan saya berjaya, lawan tetap lawan, semangat tinggi seperti bekas No.2 yang dipukul dan dipenjara

Malangnya saya bukan, saya hanya seorang rakyat biasa dari masyarakat akar umbi


pejuang meninggal dunia tapi semangat masih dalam minda kita

October 20, 2008

Selepas Rustam Sani meninggal pada 23hb April 2008, Shamsiah Fakeh juga meninggal dunia pada 20hb Oktober 2008.

Masyarakat kehilangan seorang tokoh lagi yang berkorban sepanjang hayat untuk menegak keadilan, kesaksamaan dan menentang penjajah.

Walaupun mereka telah meninggal dunia, tapi semangat masih dalam minda kita. Perjuangan ke arah masyarakat tanpa kezaliman, penyelewengan dan penindasan masih diteruskan oleh pelapis-pelapis aktivis.

Saya percaya suatu hari nanti, maklamat kami akan tercapai.

berita yang berkaitan: http://www.malaysiakini.com/news/91605


Selamat Hari Raya Aidilfriti

September 30, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfriti, maaf zahir dan batin.

Lagu raya untuk rakan-rakan yang menyambut Hari Raya Aidilfriti.

 


Balik Kampung – lagu yang biasa saya dengar hampir Hari Raya

September 29, 2008

Sejak kecil, setiap kali hampir Hari Raya, mesti dengar lagu ini – balik kampung. Satu lagu lama yang sedap didengar. Lagu ini juga sangat sesuai bagi saya yang sentiasa di luar kampung. Rindu sangat keluarga dan nak balik kampung ni.

Balik Kampung

Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira

Balik kampung oh oh…( 3X )
Hati girang
Ho ho… Balik kampung (3X)
Hati girang

Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti

( ulang dari mula )


Umar Abdul Aziz dan Lim Guan Eng

September 28, 2008

Umar Abdul Aziz, Kali pertama saya mendengar nama ini daripada mulut Y.A.B Lim Guan Eng ketika pilihan raya kecil Permatang Pauh. Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru selepas 8 March.

 

Selepas saya mengkaji dan membaca artikal dan bacaan mengenai sejarah dan perjuangan Umar Abdul Aziz, seorang bangsawan yang berbudi halus. Walaupun dikelilingi dengan kekayaan dan kemewahan, beliau tidak hanyut dan leka.

 

Saya memang kagum kepada Umar Abdul Aziz dengan beberapa aspek:

1.   Kemewahan dan kemegahan telah ditanggalkan dan digantikan dengan kehidupan yang penuh zuhud dan kesederhanaan

2.   Membersihkan kerajaan dengan memecat gebenor dan pegawai yang tidak adil

3.   Menyediakan dua lilin di rumahnya, satu untuk kegunaan urusan negara dan satu lagi untuk kegunaan keluarga sendiri

 

Selepas saya belajar sejarah dan perjuangan Umar Abdul Aziz, Saya cuba bandingkan Umar Abdul Aziz dengan Y.A.B Lim yang tengah belajar dengan Umar Abdul Aziz.

Read the rest of this entry »


Film dokumentari selapas 10 Tahun Sebelum Merdeka

September 24, 2008

Saya hanya ingin mengenalkan film dokumentari, maklumat boleh dapat daripada blog revolusi 48.

10tahun: The Sequel

Sebenarnya idea untuk filem dokumentari ini dah muncul masa yang sama aku terfikir untuk buat filem 10 Tahun Sebelum Merdeka.

Read the rest of this entry »