Asal usul Suara Masyarakat Akar Umbi

Saya dilahir di pekan kecil yang terletak di Negeri Johor. Saya berasa suara masyarakat akar umbi biasa tidak dapat disalurkan kepada pihak pemerintah dalam masyarakat sekarang. Kuasa politik dan kuasa ekonomi telah dimonopoli oleh kumpulan elit yang kaya dan berkuasa yang sentiasa memainkan perasaaan perkauman. Saya harap blog ini dapat menyuarakan suara saya, saya seorang rakyat dari masyarakat akar umbi.

Saya akan cuba menggunakan Bahasa Melayu untuk segala penulisan dan pandangan saya dalam isu-isu negara atau masyarakat dalam blog ini. Bahasa Melayu ialah bahasa strategik untuk perubahan. Hal ini kerana Bahasa Melayu dapat difahami oleh orang ramai di Malaysia, terutamanya rakayat dari masyarakat akar umbi.

Reformasi, satu gerakan yang cuba mengubah sistem telah merangsangkan pemikiran saya. Banyak soalan telah timbul dalam minda saya atas perbincangan dengan kawan setelah Reformasi digerakkan. Pelaksanaan dan perancangan ekonomi yang tidak ketelusan telah menyebabkan krisis ekonomi pada tahun 1997? Kenapa perdana menteri dapat memecat timbalan perdana menteri? Kenapa kuasa perdana menteri begitu besar seperti maharaja zaman dulu? Adakah sistem politik kita telah runtuh? Kuasa hanya dipegang oleh seorang? Apakah hubungan ekonomi dan politik?

Hal ini menyebabkan saya berminat dalam bidang politik dan ekonomi. Seterusnya, saya juga menceburi diri dalam gerakan masyarakat pada masa kini dan harap perjuangan ini dapat diteruskan.

Saya harap blog ini dapat berinterasi, berkongsi dengan pandangan dengan rakan-rakan dalam isu-isu masyarakat terutamanya rakan-rakan dari latar belakang yang berbeza.

Nyalakan api perjuangan. Mari kita ramai-ramai berjuang untuk hak rakyat.

3 Responses to “Asal usul Suara Masyarakat Akar Umbi”

  1. febriantoeko Says:

    aku anak solo udah baca blog km , kunjungi juga blog aku http://www.febriantoeko.wordpress.com

  2. huda Says:

    salam sejahtera buat teman aktivis masyarakatku di bumi minden…. tahniah atas penulisan anta… diharap masih ramai lagi mahasiswa-mahasiswi dan golongan-golongan muda yang berani dan lantang bersuara dengan pelbagai cara da medium… masyarakat kita ketandusan pemimpin yang benar-benar pemimpin… pimimpin umat-umat manusia… kembalikan KHALIFAH ISLAMIYAH… islam untuk semua…

  3. wardah13 Says:

    tahniah cheng..
    permulaan yang baik..
    teruskan penulisan anda..suara masyarakat,suara rakyat,suara semua..

Leave a Reply