KEBELANGKANGAN ini, pemimpin- pemimpin di negara kita, kementerian pusat pengajian tinggi dan timbalan naib canselor sering menasihati mahasiswa agat tidak melibatkan diri dalam kancah politik. Dengan kata yang lebih tepat lagi, pemimpin negara kita mengugut mahasiswa supaya tidak terjebak dalam sebarang aktiviti berkempen ataupun mana- mana pendemostrasi berikutan demam pilihanraya umum ke-12 yang bakal berlangsung pada bulan Mac 2008. Menurut pemimpin-pemimpin negara kita, tanggungjawab sebenar mahasiswa hanya untuk mengundi tanpa melibatkan diri sendiri mereka dengan aktiviti- aktiviti “ tidak sihat ”. untuk memerhati lebih lajut dan menilai parti-parti yang boleh membawa kegemilangan serta calon-calon yang berkaliber.
Pemimpin-pemimpin kononnya takut ‘maha’ siswa itu diperalatkan oleh parti- parti yang dikuasai oleh sesetengah pihak. Hal ini sememangnya amat pelik bagi saya. Adakah kita mampu membuat pengundian dengan bijaksana tanpa penglibatan diri sendiri untuk melakukan pemerhatian terhadap keadaan sebenarnya yang berlaku di negara kita. Adakah kita berupaya menilai sesebuah parti atau calon yang bertanding tanpa memahami siapakah mereka dan apakah yang boleh mereka mempertahankan hak- hak yang dihauskan oleh kita? Mahasiswa tidak dapat membuat penilaian dengan lebih lanjut, adakah kita telah dipergunakan oleh sesetengah pihak? Adakah pihak yang menghalang kita melakukan sesuatu itu telah memperalat kita? Persoalan- persoalan ini ingin saya kemukakan kepada mahasiswa-mahasiswi yang berfikiran ‘maha’!
Saya sebagai rakyat Malaysia dengan nombor kad pengenalan saya ialah 850330-Xx-XxXx. Dengan kad pengenalan saya yang bernombor sedemikian, saya dapat membuktikan bahawa saya ialah warganegara Malaysia. Tambahan pula, dengan merujuk kepada undang- undang tertinggi iaitu PERLEMBAGAAN MALAYSIA, seseorang yang berumur 21 tahun atau lebih adalah berhak untuk berkempen ataupun menjadi calon dalam pilihan raya. Inilah hak warganegara semula jadi, bukannya diberikan oleh mana- mana pihak. Lagipun hak kewarganegaraan tidak boleh dirampas oleh pihak lain.
Walau bagaimanapun, hak warganegara telah dirampas oleh AUKU, satu akta yang telah menindas dan menzalimkan kita. Adakah hak kewarganegaraan kita wajib dirampas hanya kerana kita bernasib baik untuk melanjutkan pengajian ke tahap yang lebih tinggi lagi di menara gading ini? Apa yang saya cuba tekankan di sini ialah “ KITA MAHASISWA BUKAN WARGANEGARA KELAS KEDUA”.
Pihak berkuasa seolah-olah ingin memperbodohkan mahasiswa-mahasiswi. Mereka berharap mahasiswa dan mahasiswi menjadi peka tetapi pada masa yang sama juga berlagak bisu dan buta. Mereka menggunakan akta- akta tertentu untuk menghalang mahasiswa daripada mencari kebenaran. Mereka juga menggunakan akta tersebut untuk menghalang mahasiswa-mahasiswi menyuarakan pandangan kita. Keadaan ini menyebabkan mereka tidak mahu malah tidak berdaya untuk meneliti keadaan yang sebenarnya berlaku di sekeliling kita.kita pergi menengok dengan mata sendiri dengan lebih lanjut perkara-perkara yang telah berlaku disisi kita, hal-ehwal kita sendiri.
AUKU tidak menghalang pemikiran kita tetapi menyekat pemikiran kita. Dengan AUKU yang sedia ada, kebebasan dan tindakan kita telah disekat untuk menlibatkan diri supaya memerhatian dengan lebih lanjut.
Mahasiswa-mahasiswi harus bersyukur kepada rakyat-rakyat Malaysia. Kerana keusahawanan rakyat, mahasiswa-mahasiswi dapat melanjutkan pengajian tinggi dalam universiti-universi ti. Ini kerana institusi pengajian tinggi disumbang oleh pekerja-pekerja ataupun rakyat Malaysia Pekerja-pekerja atau rakyat Malaysia yang menyumbangkan tenaga mereka dalam bidang perlombongan, perkilangan, pelancongan, perladangan, pertanian, perkhitmatan dan sektor-sektor lain. Dengan sumbang mereka, korporat-korporat barulah mendapat keuntungan dan seterusnya membayar cukai kepada kerajaan kita untuk membangunkan negara termasuk dana yang digunakan untuk memperkasa institusi pengajian tinggi.
Ilmu-ilmu yang dihasil dalam institusi pengajian tinggi seharusnya kembali kepada rakyat-rakyat Malaysia. Golongan mahasiswa digelar sebagai ‘golongan berpendidikan tinggi’, ilmu-ilmu harus digunakan demi kebajikan rakyat, mahasiswa-mahasiswi boleh menjana dan memberi idea untuk mentadbir negara, menjaga kepentingan setiap rakyat.
Untuk pengetahuan mahasiswa-mahasiswi , Soh Sook Hwa, bekas mahasiswa USM telah mambawa kesnya ke Makhamah Tinggi bahawa AUKU telah bercanggah dengan PERLEMBAGAAN MALAYSIA.
March 13, 2008 at 6:43 am |
Hai Cheng, Im Din….tahniah !! teruskan menulis…so jangan lupa kita punya rancangan for discussion tentang pilihanraya ke 12 dan tentang pertemuan dengan SUARAM..saya akan bagi idea saya..saya dah linkkan blog you dengan http://landskapsiasah.blogspot.com..hope you can put a shout box kat blog you..so kita boleh bincang banyak…
Nuruddin
March 14, 2008 at 7:28 am |
tahniah cheng. saya izzat. betul, mahasiswa perlu lebih matang dan serius membincangkan perkara-perkara berkaitan masyarakat dan politik di Malaysia supaya mahasiswa sendiri tidak jadi ‘masyarakat mentaliti kelas terbawah’!
March 19, 2008 at 6:21 am |
lama tak update nih ..
June 3, 2008 at 5:00 pm |
fuyyoh now u are bloggers eh. kwn lame ko amir.. tahniah