Sebelum pilihan raya umum yang lepas, sebelum 8hb mac 2008, peminpin DAP banyak mengutuk banyak isu kerajaan Barisan National. Mereka mengkritik kerajaan BN dalam isu pilihan raya kerajaan tempatan.

Mereka mengkritik YB Zakaria, sebagai bekas ahli dewan undangan negeri Selangor dan juga ahli majlis MPK. Mereka turun beramai-ramai ke rumah Zakaria, ingin berkempen sampai Zakaria kalah dalam pilihan raya masa depan, meminta bekas Menteri Besar untuk memecat Zakaria daripada ahli majlis. Setiausaha agung Lim Guan Eng dan Pemuda socialis DAP waktu tu Nga Kor Ming juga turun sama-sama.

Walaubagaimanapun, selepas 308, budaya BN di Selangor juga lepas, sebab BN kalah, tetapi budaya itu telah menjangkit ke negari Pulau Pinang, iaitu ADUN Paya Terubong YB Yeoh Soon Hin juga merupakan ahli majlis MPPP. Di mana prinsip DAP ni? Selain itu, DAP juga mencipta sejarah di Malaysia, iaitu ahli parlimen Ipoh Barat YB Kula telah menjadi ahli majlis tempatan. budaya bukan sahaja disebar ke negeri P.Pinang, maka sebar ke negeri Perak.
Pilihan raya tempatan, DAP telah mulakan kempen pulangkan undi ketiga – kembalikan pilihan raya tempatan sejak 2005. Satu kempen yang dianjur oleh DAP beberapa tahun, tetapi selepas satu tahun menguasai kerajaan negeri P.Pinang, Kerajaan Pulau Pinang masih belum kemukakan pelan induk kembali pilihan raya tempatan, ini telah menyebabkan saya kecewa dan juga masyarakat akar umbi kecewa.
Pelan induk kembalikan pilihan raya tempatan adalah satu tindakan yang bagus bagi kerajaan Pulau Pinang untuk menunjuk ikhlas kerajaan terharap kembalikan pilihan raya tempatan. Saya rasa pelan tidak akan menyebabkan sebarang masalah seperti OSA, akta hasutan, ISA, pertukaran kuasa, perlembagaan krisis, polis mengacau, rakyat boikott DAP dan sebagainya.
Saya pasti DAP sangat jelas dengan kepentingan pilihan raya kerajaan tempat, saya tidak mahu bincang banyak. Sebelum kembalikan pilihan raya kerajaan tempatan, saya rasa formula 888 yang dicadangkan oleh masyarakat sivil memang memuaskan untuk waktu kini. 8 orang untuk wakil ahli parti politik, 8 orang untuk wakil masyarakat sivil atau kesatuan penduduk, dan 8 orang untuk wakil proffesional seperti akauntan, pakar perancangan bandar dan sebagainya. Gunalah formula 888 untuk sementara ini sebelum kembalikan.
Saya berharap kuasa rakyat, people power, makkal sakthi, 人民力量 akan terus berkembang, menjatuhkan kerajaan pakatan rakyat Pulau Pinang yang tidak menunaikan janji-janji pilihan raya umum yang lepas. Rakyat harus bersatu-padu, bergading bahu dan terus berjuang untuk mencapai ketuanan rakyat.
Walaubagaimanapun, pakatan rakyat masih lebih baik berbanding dengan BN secara keseluruhan, walaupun tidak ada perubahan dari segi sistematik dan masih tidak ada penglibatan rakyat dalam membuat keputusan polisi. Kalau Ketua Menteri tidak menunaikan janji-janji pilihan raya umum, dan BN masih teruk lagi, apa yang kita boleh buat, kita tukarkan kerajaan Lim Guan Eng, kita biar YAB kalah dalam pilihan raya negeri tapi ADUN lain masih menykong Pakatan Rakyat, supaya ketua menteri kerajaan pakatan rakyat baru tidak berani lagi memakan janji-janji atau beri janji-janji kosong.
Saya ingin kongsi sesuatu, saya tidak nampak kerajaan pakatan rakyat di Pulau Pinang kerana PAS tidak sama-sama membentuk kerajaan. Ini hanya pemerhatian saya, harap ada orang dapat membetulkan pemerhatian saya.
March 12, 2009 at 5:39 am |
Selepas membaca artikel diatas, saya dapati pemerhatian yang dibuat amat tidak masuk akal. Ini ialah kerana -
1) Sesebuah Kerajaan Negeri yang ingin mengubah sebarang Perlembagaan harus melalui beberapa proses dan juga sesetengahnya tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan.
2) Menilai kerajaan Pulau Pinang tanpa membuat kajian yang lebih mendalam tetapi mengikut falsafah sendiri (atau segelintir golongan yang memperjuangkan hak asasi manusia) adalah tidak munasabah. Pentadbiran Kerajaan Negeri ataupun Persekutuan yang berasaskan Perlembagaan yang telah diperuntukan tidak boleh diubah dengan sewenang-wenangnya.
Ia mengambil masa untuk membuat rombakan,dibentang dan diperdebatkan di dewan/parlimen sebelum sebarang perubahan boleh dibuat.
3. Walaupun Kerajaan Pakatan Rakyat telah mengambilalih Kerajaan Pulau Pinang selama satu tahun, ianya adal terlalu awal untuk menilai.
Ini adaalah kerana mereka masih mentah dalam pentadbiran kerajaan negeri dan banyak perkara yang harus diperbetulkan. Polisi-polisi yang telah dibuat oleh kerajaan yang lepas tidak boleh diketepikan begitu sahaja. Kontrak-kontrak yang dibuat oleh kerajaan lepas juga tidak boleh dibatalkan begitu sahaja kerana semuanya masih tertakluk kepada undang2.
Parti DAP tidak kurang Peguam2 yang berkaliber. Mereka pasti sudah mengkaji implikasi keatas tindakan mereka dan tidak mahu memberi peluang kepada Kerajaan Persekutuan memgambil tindakan undang2 keatas mereka.
Janganlah terlalu daif. Saudara masih lagi mentah dan harus memperluaskan lagi pengetahuan sebelum membuat sebarang pertikaian.
Walaupun BN memdapat banyak kritikan, ada juga segelintir pemimpin yang telah membuat perubahan dan membawa kebaikan kepada rakyat.
Kita janganlah terlalu ghairah dengan slogan2 Ketuanan Melayu dan Ketuanan Rakyat. Itu adalah permainan politik semata-mata. Buatlah kajian yang menyeluruh sebelum membuat penilaian dan kritikan.
March 12, 2009 at 11:48 pm |
Balasan kepada jue,
Saya memang setuju dengan kita pelu masa untuk bentang, debat di Dewan undangan negeri mengenai akta-akta atau undang-undang yang hendak diubal seperti pilihan raya kerajaan tempatan, akta kebebasan maklumat (freedom of information act). Ini adalah bahagian teknikal sahaja.
Kita menilai melalui kemahuan politik (political will). Pelan induk adalah satu cara untuk menunjuk kemahuan politik sesuatu parti politik. Dengan adanya pelan induk, kita dapat tahu berapa masa yang akan diambil untuk kembalikan pilihan raya kerajaan tempatan. Dengan wujudnya pelan induk, rakyat dan masyarakat sivil dapat memantau pengembangan kembalikan pilihan raya kerajaan tempatan.
Sebelum kembalikan pilihan raya kerajaan tempatan, apa salahnya kita guna formula 888? Formula 888 memastikan penglibatan rakyat, dan juga menggelakkan ahli majlis menjadi hadiah parti politik kepada ahli parti politik. kita tidak boleh meneruskan budaya BN.
Selain itu, sebelum penggang kuasa, membantah ADUN memjadi ahli majlis, tetapi apa bila sendiri penggang kuasa, ahli parlimen pula dilantik untuk sebagai ahli majlis. Di mana prinsip parti itu? Adakah ini dwistandard?
kalau ada kemahuan politik, banyak benda boleh buat, contohnya adalah pilihan raya di peringkat ahli majlis dan JKKK, lepas itu melantik wakil yang dipilih oleh rakyat.
Bagi akta kebebasan maklumat (freedom of information act). Akta hanya memastikan rakyat bebas dapat maklumat yang mengenai hal ehwal orang awam. Ini adalah hak asasi, kalau sesuatu parti politik ada kemahuan politik, apa salahnya mereka mengemukaan pelan induk untuk rakyat memantau. Mereka mengemukakan sebelum rakyat membuat keputusan.
Selain itu, kebebasan maklumat boleh diadakan pelbagai peringkatan. Contohnya kemukakan harta semua ADUN dan ahli majlis, ini kerajaan Pulau Pinang boleh buat sendiri tanpa pengubalan perlembagaan dan undang-undang negeri. Ini juga merupakan satu cara rakyat memantau penyelewengan berlaku. Menggelakkan berlakunya korrupsi dan sebagainya.
Tanpa ada perubahan sistem politik, kita tidak boleh ada perubahan. Perubahan bukan maksud pertukaran orang, perubahan ialah mengubah sistem politik dan menglibatkan rakyat.
Walaupun satu tahun, tapi banyak tindakan-tindakan politik yang kira “perubahan” boleh dilaksanakan. Kita harus guna ukuran yang sama untuk setiap kerajaan. Hal ini adalah untuk menggelakkan negara kita mewujud dua sistem parti yang tidak sihat. kedua-dua kerajaan yang sama-sama korrups, penggunaan salah kuasa dan sebagai.
March 17, 2009 at 5:24 am |
kami org melayu mmg benci dan meluat dgn DAP…….
March 25, 2009 at 12:18 am |
Saya rasa orang melayu, orang cina, orang india, orang iban dan kaum lain ada pandangan yang sama.Iaitu membenci orang yang berbohong, tidak melaksanakan janji-janji pilihan raya.
tak kira orang melayu ataupun kaum lain, sebagai rakyat, kita mesti mengharap kerajaan menghormati rakyat, melibatkan pandangan dalam urustakbir negara