budaya BN, budaya DAP dan budaya kerajaan pakatan rakyat Penang

March 11, 2009

Sebelum pilihan raya umum yang lepas, sebelum 8hb mac 2008, peminpin DAP banyak mengutuk banyak isu kerajaan Barisan National. Mereka mengkritik kerajaan BN dalam isu pilihan raya kerajaan tempatan.

Mereka mengkritik YB Zakaria, sebagai bekas ahli dewan undangan negeri Selangor dan juga ahli majlis MPK. Mereka turun beramai-ramai ke rumah Zakaria, ingin berkempen sampai Zakaria kalah dalam pilihan raya masa depan, meminta bekas Menteri Besar untuk memecat Zakaria daripada ahli majlis. Setiausaha agung Lim Guan Eng dan Pemuda socialis DAP waktu tu Nga Kor Ming juga turun sama-sama.

Walaubagaimanapun, selepas 308, budaya BN di Selangor juga lepas, sebab BN kalah, tetapi budaya itu telah menjangkit ke negari Pulau Pinang, iaitu ADUN Paya Terubong YB Yeoh Soon Hin juga merupakan ahli majlis MPPP. Di mana prinsip DAP ni? Selain itu, DAP juga mencipta sejarah di Malaysia, iaitu ahli parlimen Ipoh Barat YB Kula telah menjadi ahli majlis tempatan. budaya bukan sahaja disebar ke negeri P.Pinang, maka sebar ke negeri Perak.

Pilihan raya tempatan, DAP telah mulakan kempen pulangkan undi ketiga – kembalikan pilihan raya tempatan sejak 2005. Satu kempen yang dianjur oleh DAP beberapa tahun, tetapi selepas satu tahun menguasai kerajaan negeri P.Pinang, Kerajaan Pulau Pinang masih belum kemukakan pelan induk kembali pilihan raya tempatan, ini telah menyebabkan saya kecewa dan juga masyarakat akar umbi kecewa.

Pelan induk kembalikan pilihan raya tempatan adalah satu tindakan yang bagus bagi kerajaan Pulau Pinang untuk menunjuk ikhlas kerajaan terharap kembalikan pilihan raya tempatan. Saya rasa pelan tidak akan menyebabkan  sebarang masalah seperti OSA, akta hasutan, ISA,  pertukaran kuasa, perlembagaan krisis, polis mengacau, rakyat boikott DAP dan sebagainya.

Saya pasti DAP sangat jelas dengan kepentingan pilihan raya kerajaan tempat, saya tidak mahu bincang banyak. Sebelum kembalikan pilihan raya kerajaan tempatan, saya rasa formula 888 yang dicadangkan oleh masyarakat sivil memang memuaskan untuk waktu kini. 8 orang untuk wakil ahli parti politik, 8 orang untuk wakil masyarakat sivil atau kesatuan penduduk, dan 8 orang untuk wakil proffesional seperti akauntan, pakar perancangan bandar dan sebagainya. Gunalah formula 888 untuk sementara ini sebelum kembalikan.

Saya berharap kuasa rakyat, people power, makkal sakthi, 人民力量 akan terus berkembang, menjatuhkan kerajaan pakatan rakyat Pulau Pinang yang tidak menunaikan janji-janji pilihan raya umum yang lepas. Rakyat harus bersatu-padu, bergading bahu dan terus berjuang untuk mencapai ketuanan rakyat.

Walaubagaimanapun, pakatan rakyat masih lebih baik berbanding dengan BN secara keseluruhan, walaupun tidak ada perubahan dari segi sistematik dan masih tidak ada penglibatan rakyat dalam membuat keputusan polisi. Kalau Ketua Menteri tidak menunaikan janji-janji pilihan raya umum, dan BN masih teruk lagi, apa yang kita boleh buat, kita tukarkan kerajaan Lim Guan Eng, kita biar YAB kalah dalam pilihan raya negeri tapi ADUN lain masih menykong Pakatan Rakyat, supaya ketua menteri kerajaan pakatan rakyat baru tidak berani lagi memakan janji-janji atau beri janji-janji kosong.

Saya ingin kongsi sesuatu, saya tidak nampak kerajaan pakatan rakyat di Pulau Pinang kerana PAS tidak sama-sama membentuk kerajaan. Ini hanya pemerhatian saya, harap ada orang dapat membetulkan pemerhatian saya.


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.