Penang International Youth Day 2010 年槟城国际青年日

September 16, 2010

In conjunction with International Youth Day on 12 August and Malaysia Day on 16 September, we proudly present to you our youthful, energetic, creative, and fantastic yet informative and encouraging Penang International Youth Day celebration!

This celebration is to discover potential youth leaders, promoting unity from diversity among our new generation and encouraging youth participation and ideas on social issues.

So please join us! We guarantee you an totally enjoyable and yet beneficial day!

* There is no limit of age for participants. As long as you think you are youthful and energetic, you are encouraged and most welcomed to join us 🙂

For any further enquiries, please feel free to contact Joseph Cheong at 012-4356795 or jcheongzs@gmail.com

2010年槟城国际青年日

为了配合8月12日的国际青年日和9月16日的马来西亚日,我们为您准备了绝对年轻有活力,有创意,有咨讯,有激励性的槟城国际青年日!

此活动是为了发掘有潜质的年轻领袖,推广异中求同的团结精神,和鼓励年轻人对于社会时事的参与。

所以请参与我们吧!我们保证让你有个愉快,享受,有意义又难忘的一天!

* 参赛者是没有年龄限制的。所以只要您觉得你年轻且有活力,我们都非常欢迎您来参与!

欲知更多详情,请联络郑照薰012-4356795或jcheongzs@gmail.com

facebook event: http://www.facebook.com/home.php?#!/event.php?eid=157093357650294&ref=ts

Advertisements

Jom sertai Fiesta Anak Muda pada 20hb Dis 2009

December 14, 2009

Jom sertai Fiesta Anak Muda!

8.30 pagi bermula dengan makan sarapan dan pameran-pameran buku-buku, filem-filem dan sebagainya. Dan seterusnya dengan pelbagai program-program yang beza dan menarik…

Tarikh: 20hb December 2009 (Ahad)
masa: 8.30 pg – 11.30 mlm
Tempat: Dewan Serbaguna Seksyen 5, MBPJ (dekat dengan Stesen KTM Petaling)

10.15pg – 12.15tgh
Perkongsian Filem: ‘GADOH’ Aku Bangsa Malaysia
Pengarah dan pelakon-pelakon filem akan menghadiri untuk berkongsi pandangan filem tersebut

2.00ptg – 4.00 ptg
Bengkel – Suara Anak Muda
(cit cat cabaran Anak Muda)

4.00 ptg – 5.30 ptg
Minum Petang bersama dengan pemimpin Anak Muda dan Wanita:
– YB Nik Nazmi Nik Ahmad (ADUN Seri Setia ),
– YB Gan Pei Nei (ADUN Rawang),
– Nalini.E (Koordinator kempen Suara Rakyat Malaysia-SUARAM dan Sekretariat Jaringan Rakyat Tertindas-JERIT), dan
– Hilman Idham (Pengerusi Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen-KAMI, Aktivis Mahasiswa)

8.30 mlm – 11.30 mlm
Konsert Akustika
– Meor Yusoff Azzidin
– Beeha
– Nik Binjidan
– Rumah Anak Teater
– Wani Ardy
– Myshicus
– Notis
– Couple

Anak Muda, Seni dan Muzik
Jom bersembang dengan Mazir, Xifu Nassier (Algebra) dan Lim Ping Seng (binsen)

Makanan Sarapan, tengah hari dan malam disediakan, kemasukan adalah percuma…

Sila hubungi Free Public Forum: Shiekh Omar Ali 013-2965724, EMPOWER: Ong Jing Cheng 012-7583779, Priya 016-2001934 atau Medecci Lineil Repong 016-2208784 untuk maklumat lanjut.

Tolong sebarkan…

Anjuran bersama:
Penggerak Belia Tempatan Zon 12 (PeBT 12)
Penggerak Belia Tempatan Zon 13 (PeBT 13)
ADUN Bukit Gasing, YB Edward Lee
Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)

Disokong oleh:
Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER)
Free Public Forum
Solidariti mahasiswa Malaysia (SMM)
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)
Gerakan Demokratik Belia Dan Pelajar Malaysia (DEMA)
Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI)
NISA’ Malaysia


merdekareview: Kisah benar di-Lokap

July 21, 2009

Kisah benar di-Lokap
Kisah benar di-Lokap
Penahanan Dua Aktivis DEMA

Oleh Ong Jing Cheng

Eksklusif Saya Ong Jing Cheng (gambar kiri) dan seorang kawan saya Yap Heng Lung telah ditahan ketika kami dalam perjalanan ke Akademik Pengajian Islam (API), Univerisiti Malaya untuk berjumpa kawan yang belajar di UM pada jam 8 malam, 12 Julai 2009. Motorsikal kami rosak ketika menghampiri kolam renang pusat sukan, maka kami terus berjalan kaki ke destinasi. Kami dipanggil seorang yang nampak garang dan tidak beruniform, memperkenalkan dirinya sebagai pengawal keselamatan di depan surau API.

Pengawal bercakap dengan suara garang ketika meminta kad pengenalan saya. Saya agak takut dengan orang yang tidak saya kenali dan garang itu. Saya cuba meminta kad identiti dia, tetapi dia menunjuk kad identitinya dengan menutup nombor dengan tangan, namanya Izaham. Oleh kerana dia menutup nombor, saya rasa lagi takut dan mahu terus masuk API untuk berjumpa kawan, tetapi tidak dibenarkannya. Selepas itu, dua orang yang tidak beruniform turut sampai, menambah ketakutan kami.

Bekerjasama dengan polis

Selepas itu, kawan kami Redzuan dan Aizat keluar jumpa kami, dan membuktikan bahawa kami memang ada temujanji, tetapi kami tidak tahu apa sebabnya mereka masih mendakwa kami sebagai penceroboh. Saya berasa takut dan meminta bantuan polis dari balai polis Lembah Pantai.

Tidak lama kemudian, polis beruniform datang dengan kereta polis, mereka meminta kad pengenalan kami, kami terus serahkan dan bekerjasama dengan polis, termasuk membuka beg untuk diperiksa polis.

Seterusnya kami dibawa ke tempat letak motosikal kami, saya ditanya polis tentang lakaran memorandum bertajuk “Jadikan Jalan Raya Kami Selamat” (Making Our Streets Safe) yang terdapat di bakul motosikal saya bawa, di mana memo ini ditulis kepada Perdana Menteri Najib Abdul Razak, Kementerian Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara. Walaupun saya telah menjawab kepada polis, bahawa itu ialah kertas untuk mengelap kotoran motosikal, dan saya telah menggunakannya untuk mengelap rantai motor yang penuh dengan minyak hitam.

Apabila kami dibawa ke balai polis, kita mendapati polis memang tidak profesional. Kami ingin membuat laporan tentang apa yang telah berlaku tetapi tidak dibenarkan. Polis pula menahan kami atas laporan yang dibuat oleh Izaham. Ini adalah double-standard. Membuat laporan polis adalah hak asasi manusia.

Setelah kami ditahan, kami diminta menandatangani satu dokumen tanpa penjelasan, tapi apabila saya baca, ini ialah dokumen yang menafikan hak-hak untuk mendapatkan bantuan peguam, dan nasib baik peguam telah sampai di balai polis dan menyuruh saya supaya tidak menandatanganinya. Mendapatkan bantuan peguam juga merupakan hak asasi manusia.

Ketika pegawai inspektor (IO) suruh polis membawa kami ke lokap, kami meminta untuk membuat laporan polis, namun dia jawab kami boleh buat laporan polis pada pagi esok. Tetapi pada hari esok, iaitu 13 Julai, kami terus dibawa ke Majistret untuk dipanjangkan tempoh tahanan. Pihak polis meminta supaya tahanan disambung empat hari, atas nama tidak bekerjasama dengan polis. Adakah tidak menandatangani surat penafian hak-hak mendapat bantuan peguam dianggap sebagai tidak bekerjasama? Akhirnya kami dipanjangkan tempoh tahanan selama dua hari.

Tiada makanan dibekalkan

Selepas balik dari majistret, kami terus dibawa ke balai polis Brickfield dan tidak diberi makanan tengah hari. Kami meminta makanan tengah hari, tetapi polis berkata tiada makanan di balai polis Brickfield, makanan hanya dibekal di lokap. Kami dibawa ke balai polis Brickfield untuk diambil keterangan oleh pegawai inspektor (IO). Saya meminta supaya ditemani peguam ketika mengambil keterangan, tetapi tidak dibenarkan atas sebab kami telah berjumpa dengan peguam pada malam 12 Julai. Akhirnya, kami tetap memberi keterangan.

Pada pagi 14 Julai, kami dibawa untuk berjumpa special branch. Kami diasingkan ketika soal siasat dijalankan. Mereka menanya tentang maklumat peribadi saya, sama ada ahli keluarga terlibat dalam mana-mana parti politik. Selain itu, mereka kelihatan sangat berminat untuk mengetahui sebab saya berjumpa dengan kawan saya Redzuan. Oleh kerana itu hak peribadi, saya tidak memaklumkan apa-apa.

Candle Light Vigil budaya Kristian?

Selain itu, mereka juga memberi keterangan tentang perhimpunan menyalakan lilin (candle light vigil) ini ialah budaya kristian, saya disuruh google Good Friday untuk maklumat yang lebih lanjut. Menurut mereka, ISA ialah akta yang perlu untuk menjaga keamanan, tetapi ISA ialah akta yang terakhir untuk digunakan, dan menasihati saya supaya tidak menghadiri himpunan mansuhkan ISA pada 1hb Ogos ini. Kalau hadir, kemungkinan besar akan masuk balik lokap.

Atas usaha orang ramai termasuk rayuan segera (urgent appeal), menelefon pegawai inspektor (IO) kami dan perhimpunan menyalakan lilin (candle light vigil) pada 13 Julai malam, kami telah dibebaskan tanpa bersalah. Saya tengah fikir, polis yang profesional harus menyiasat dan mendapatkan bukti barulah menangkap, tetapi kami telah ditangkap baru disiasat, ini telah menyebabkan kami ditahan dua hari, kehilangan kebebasan sebanyak dua hari. Polis yang profesional seharusnya menyiasat sebelum menangkap supaya rakyat tidak ditahan begitu sahaja.

Macam-macam dalam lokap

Selain itu, polis juga menangkap pembantu siasat sekali apabila menangkap orang yang disyaki.

Terdapat beberapa kes dalam lokap yang kami jumpai. Seorang didapati memilik dadah maka empat orang lagi teman serumah juga ditahan. Kami juga mendapati satu kes di mana seorang budak disyaki mencuri, tetapi nenek, ibu dan lima kanak-kanak lagi juga ditahan termasuk seorang yang berumur 1 tahun. Saya berasa kesian atas kejadian yang saya nampak.

Di samping itu, kedua-dua malam saya dalam lokap, kami berjumlah 20 lebih orang tidur dalam satu ruang yang kecil, dan saya terpaksa tidur dekat dengan tempat buang air kencing, mandi dan berak. Pengaliran air itu tersumpat, bau memang cukup kuat dalam lokap itu.

Polis Meminta Maaf

Sebelum kami dibebas, polis meminta maaf dengan kami, dan memberitahu mereka bukan orang yang suka menangkap orang, saya rasa kemungkinan besar mereka juga mengikut arahan atas yang sangat mengambil berat tentang kawan yang saya mahu jumpa iaitu Redzuan, Pengerusi Majlis Perwakilan Mahasiswa, dan memorandum kepada Perdana Menteri baru kami, YAB Najib yang baru berkuasa 100 hari pada 11 Julai. Seorang lagi pegawai inspektor (IO) memberitahu API (bukan Adademik Pengajian Islam) panas pada malam Ahad yang saya ditahan. Saya sempat berjumpa dengannya pada hari yang dibebas iaitu 14 Julai, tetapi dia tidak jawab soalan saya, api siapa yang panas?

*Ong Jing Cheng ditahan pada malam 12 Julai atas tuduhan “mencerobohi kawasan Universiti Malaya”.


kenapa komunis dibangkitkan?

July 21, 2009

Bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) yang ingin balik ke tanah yang beliau lahir, tiba-tiba isu ini dibangkitkan dan disorat oleh UTUSAN, Berita Harian. Pemimpin BN-UMNO seperti Rais Yatim, Ahmad Zahid Hamidi turut mengatakan kemunculan idealogi komunis akan mengancam keamanan negara. Najib juga turut mengatakan kerajaan menolak kepulangan Chin Peng supaya mengelakkan sebarang rasa tidak puas hati di kalangan rakyat terutama waris mereka yang terkorban akibat keganasan komunis.

Perkataan komunis dikatakan kejam, ganas, zalim, dan pelbagai perkataan yang negatif. Saya pun terus google, melalui wikipedia, saya mendapati bahawa komunis adalah satu struktur sosioekonomi dan ideologi politik yang memperkenalkan egalitarian (seorang yang percaya bahawa semua orang saksama), tanpa kelas, masyarakat tanpa negara berdasarkan pemilikan bersama dan cara kawalan pengeluaran dan harta secara umum.

Melalui permerhatian saya, saya percaya bahawa isu Komunis, isu Chin Peng dibangkitkan semula oleh politikus-politikus BN-UMNO kerana:

Membina musuh untuk mendapat sokongan orang Melayu dibawah UMNO

Saya masih ingat buku sejarah yang dimimpin oleh BN-UMNO. Parti Komunis Malaya (PKM) dikatakan didominasi oleh orang cina, membunuh banyak polis atau tentera yang berbangsa Melayu. Tetapi banyak ahli PKM terdiri daripada orang Melayu tidak dinyatakan dalam sejarah tingkatan dua. PKM juga dikatakan mereka ialah golongan yang  anti-agama. Komunis sama dengan Orang Cina, yang anti-agama.

Pada masa yang sama, Orang Melayu juga dibina sebagai orang Melayu mesti beragama Islam, Orang muslim ialah Orang Melayu. Ini juga persepsi yang dibina sejak dulu. Di Malaysia, terutamanya masyarakat Cina, apabila seorang cina memeluk Islam, dia akan dianggap sebagai menjadi Orang Melayu. Sebenarnya banyak orang muslim bukan orang melayu, banyak muslim ialah orang cina yang sentiasa dipandang beza, begitu juga banyak orang Melayu di Bali beragama Hindu, banyak orang Melayu di Filipina beragama kristian.

Sebagai seorang Melayu yang beragama Islam, diracun oleh surat khabar yang sentiasa memainkan sentimen bangsa dan agama, apabila rasa diri akan diamcam oleh komunis yang berimej orang cina dan anti-agama wujud di Malaysia, penimbulan ketakutan atas kedudukan orang Melayu dan Islam yang dimainkan oleh surat khabar setiap hari, dengan ini, UMNO yang sentiasa katakan diri memperjuang untuk bangsa, agama dan negara turut akan mendapat sokongan oleh orang Melayu. Slogan untuk mendapat sokongan.

Satu alasan untuk tahanan yang haram

Dengan menimbulan situasi yang tidak aman, ini adalah satu alasan  yang baik untuk pertangkapan yang haram. Ini bukan kali pertama berlaku. Pada tahun 1987, operasi lalang, banyak orang yang ditahan dibawah ISA dan dilabel sebagai “menyebar ideologi Komunis” dan sebagainya.

Ini adalah satu tanda permulaan satu pemerintah yang lebih zalim mula selepas April?

ditulis pada 5hb Jun 2009


‘Operation Spectrum’, ulang tahun ke-22

May 21, 2009

‘Operation Spectrum’, ialah penahanan zalim seperti “Operasi Lalang” yang telah berlaku di Singapore pada 21hb Mei 1987, hari ini (21hb Mei 2009) ialah ulang tahun ke-22, sila beri sokongan kepada aktivis yang akan hadir ke Speakers Corner, Hong Lim Park, Singapore pada 6.30ptg.

Lebih banyak latar belakang boleh merujuk kepada

http://en.wikipedia.org/wiki/Operation_Spectrum


budaya BN, budaya DAP dan budaya kerajaan pakatan rakyat Penang

March 11, 2009

Sebelum pilihan raya umum yang lepas, sebelum 8hb mac 2008, peminpin DAP banyak mengutuk banyak isu kerajaan Barisan National. Mereka mengkritik kerajaan BN dalam isu pilihan raya kerajaan tempatan.

Mereka mengkritik YB Zakaria, sebagai bekas ahli dewan undangan negeri Selangor dan juga ahli majlis MPK. Mereka turun beramai-ramai ke rumah Zakaria, ingin berkempen sampai Zakaria kalah dalam pilihan raya masa depan, meminta bekas Menteri Besar untuk memecat Zakaria daripada ahli majlis. Setiausaha agung Lim Guan Eng dan Pemuda socialis DAP waktu tu Nga Kor Ming juga turun sama-sama.

Walaubagaimanapun, selepas 308, budaya BN di Selangor juga lepas, sebab BN kalah, tetapi budaya itu telah menjangkit ke negari Pulau Pinang, iaitu ADUN Paya Terubong YB Yeoh Soon Hin juga merupakan ahli majlis MPPP. Di mana prinsip DAP ni? Selain itu, DAP juga mencipta sejarah di Malaysia, iaitu ahli parlimen Ipoh Barat YB Kula telah menjadi ahli majlis tempatan. budaya bukan sahaja disebar ke negeri P.Pinang, maka sebar ke negeri Perak.

Pilihan raya tempatan, DAP telah mulakan kempen pulangkan undi ketiga – kembalikan pilihan raya tempatan sejak 2005. Satu kempen yang dianjur oleh DAP beberapa tahun, tetapi selepas satu tahun menguasai kerajaan negeri P.Pinang, Kerajaan Pulau Pinang masih belum kemukakan pelan induk kembali pilihan raya tempatan, ini telah menyebabkan saya kecewa dan juga masyarakat akar umbi kecewa.

Pelan induk kembalikan pilihan raya tempatan adalah satu tindakan yang bagus bagi kerajaan Pulau Pinang untuk menunjuk ikhlas kerajaan terharap kembalikan pilihan raya tempatan. Saya rasa pelan tidak akan menyebabkan  sebarang masalah seperti OSA, akta hasutan, ISA,  pertukaran kuasa, perlembagaan krisis, polis mengacau, rakyat boikott DAP dan sebagainya.

Saya pasti DAP sangat jelas dengan kepentingan pilihan raya kerajaan tempat, saya tidak mahu bincang banyak. Sebelum kembalikan pilihan raya kerajaan tempatan, saya rasa formula 888 yang dicadangkan oleh masyarakat sivil memang memuaskan untuk waktu kini. 8 orang untuk wakil ahli parti politik, 8 orang untuk wakil masyarakat sivil atau kesatuan penduduk, dan 8 orang untuk wakil proffesional seperti akauntan, pakar perancangan bandar dan sebagainya. Gunalah formula 888 untuk sementara ini sebelum kembalikan.

Saya berharap kuasa rakyat, people power, makkal sakthi, 人民力量 akan terus berkembang, menjatuhkan kerajaan pakatan rakyat Pulau Pinang yang tidak menunaikan janji-janji pilihan raya umum yang lepas. Rakyat harus bersatu-padu, bergading bahu dan terus berjuang untuk mencapai ketuanan rakyat.

Walaubagaimanapun, pakatan rakyat masih lebih baik berbanding dengan BN secara keseluruhan, walaupun tidak ada perubahan dari segi sistematik dan masih tidak ada penglibatan rakyat dalam membuat keputusan polisi. Kalau Ketua Menteri tidak menunaikan janji-janji pilihan raya umum, dan BN masih teruk lagi, apa yang kita boleh buat, kita tukarkan kerajaan Lim Guan Eng, kita biar YAB kalah dalam pilihan raya negeri tapi ADUN lain masih menykong Pakatan Rakyat, supaya ketua menteri kerajaan pakatan rakyat baru tidak berani lagi memakan janji-janji atau beri janji-janji kosong.

Saya ingin kongsi sesuatu, saya tidak nampak kerajaan pakatan rakyat di Pulau Pinang kerana PAS tidak sama-sama membentuk kerajaan. Ini hanya pemerhatian saya, harap ada orang dapat membetulkan pemerhatian saya.


Zionis, musuh manusia termasuk orang Yahudi, beragama Islam dan bukan beragama Islam

January 5, 2009

Secara peribadi, saya membantah Zionisme. Saya membantah Zionisme kerana Zionisme ialah gerakan yang zalim. Pada kefahaman saya, Zionis memperjuangkan kewujudan negara yang berasalkan bangsa Yahudi, satu negara satu bangsa.

Selain itu, Zionis berhijrah ke tempat sekarang tanpa kebenaran penduduk yang berduduk di tempat itu menubuh negara juga melanggar nilai kemanusiaan. Zionis menyerang, membunuh dan menghalau penduduk yang bertetap di Palestin dengan tentera atas sokongan Imperialisme yang ingin menguasai politik dan ekonomi di benua Asia tengah.

Kezaliman zionis telah menindas dan mengkorban berpuluh-puluh ribu nyawa sejak dulu, berpuluh-puluh ribu rakyat Palestin menjadi pelarian, berpuluh-puluh ribu rakyat kehilangan tempat tinggal, berpuluh-puluh ribu kanak-kanak kehilangan ibu bapa, berpuluh-puluh ribu rakyat dalam kehidupan berderita.

Malangnya banyak set minda telah terbentuk dalam perjuangan anti-zionis. Sekurang-kurang dua set minda telah terbentuk dan mendalamkan pemikiran aktivis-aktivis kini.

Set minda pertama, perjuangan zionis ditaksir sebagai perjuangan orang Bangsa Yahudi dan Judaisme. Kebencian terhadap orang Yahudi juga disamakan dengan kebancian zionis. Saya rasa bukan semua orang Yahudi ialah Zionis, bukan semua orang Yahudi menyokong Zionisme. Orang Yahudi juga membantah Zionisme. Zionis ialah orang Yahudi, orang Yahudi tidak semesti Zionis.

Ini juga set minda yang serupa berlaku di Malaysia. Set minda terhadap orang Melayu bersama dengan Orang Islam, Orang Islam bersama dengan Orang Melayu. Islam ialah untuk semua manusia, dan juga banyak orang Melayu bukan Islam yang berada di Indonesia, Fillipina dan negara-negara lain.

Set minda kedua, perjuangan anti-zionis, perjuangan menentang kezaliman telah menjadi gerakan islamiyyah oleh set minda kebanyakan orang dan juga aktivis hak asasi manusia. Aktivis hak asasi manusia, manusia anti-perang yang bukan beragama Islam sukar bersama rakan-rakan beragama Islam dalam menentang kezaliman.

Ini bukan kerana perbezaan antara meraka, maka imej perjuangan. Ini kerana imej perjuangan anti-zionis lebih nampak sebagai penggerakan Islamiyyah, iaitu peperangan antara orang Yahudi beragama Judaime dan Orang beragama Islam. Saya juga nampak kekuatan pepaduan antara orang beragama Islam di Palestin dan negara-negara bersama-sama anti orang Yahudi dan Judaisme.

Saya rasa gerakan Islamiyyah telah terpencil daripada gerakan hak asasi manusia dan gerakan kemanusiaan. Pada pengalaman saya, apabila saya membawa adik-adik terutama muka baru yang berturun bersama demostrasi di jalan raya untuk menentang kezaliman di Malaysia, bila rakan seperjuangan menyeru untuk memuji tuhan (Takbir). Adik-adik baru rasa tidak selesa dan tidak tahu untuk menjawab.

Saya rasa ini ialah perangkap imperialisme yang memecah rakyat menyokong kesaksamaan. Imperialisme menyokong Zionis yang berasalkan satu bangsa, satu agama dan satu negara cuba mengeliru pemikiran rakyat seluruh dunia supaya bersatu untuk menentang penguasai tempat yang strategik di benua Asia Tengah. Ini akan membantu kuasa imperialis terus menguasai benua Asia Tengah dan seturusnya menguasai kuasa politik dan ekonomi.

Saya ingin menekankan gerakan anti Zionis harus bersatu padu dengan orang Yahudi yang membantah Zionisme, dan semua manusia yang menentang kezaliman. Kita harus sama-sama membuangkan set minda Zionis sama dengan orang Yahudi, dan juga gerakan keluar daripada lingkungan bangsa, dan agama. Ini adalah titik kesamaan kita daripada orang Yahudi, orang beragama Islam dan orang bukan beragama Islam.

Menentang kezaliman, penindasan dan imperialisme ialah jiwa kita sebagai manusia! Ini juga kekuatan kita bersama-sama melawan Zionisme dan imperialisme dan ke arah masyarakat tanpa penindasan, penyelewengan dan kezaliman. Hidup perjuangan, hidup rakyat!